Tuesday 28 February 2012

Kumpulan nasyid terkilan. Kenapa???

Kumpulan nasyid ini mengeluh kerana syarikat penerbitan yang mereka amanahkan untuk mempromosikan album mereka tidak begitu menjalankan tanggungjawab mereka. Sayanglah kalau produk yang bagus tidak dipromosikan kerana peminat dan pendengar tak tahu yang mereka sudah ada produk baru. KepakMerah dah dengar  album zikir yang mereka hasilkan, memang bagus.

Selepas dirisik rupanya syarikat penerbitan itu milik satu lagi kumpulan nasyid. Jadi dalam hal ini ada 'conflict of interest'. Walaupun dua kumpulan nasyid itu berkawan baik tetapi mereka juga manusia biasa. Rasa iri dan kurang senang dalam hati mesti ada. Tapi kalau boleh, hindarilah sikap sebegitu. Mereka semua tahu hal-hal agama dan sering mejadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Macam mana mereka nak mempromosikan album kumpulan nasyid itu bersungguh-sungguh kerana ia nanti seolah-olah menutup periuk nasi mereka sendiri. KepakMerah dengar mereka kini bercadang mahu mempromosi album itu sendiri. Puas hati!

KM: Sama ada Tok Lebai atau Tok Haji, kita semua manusia biasa. 

No comments:

Post a Comment