Friday 17 February 2012

Ana Raffali nikah Naim di masjid

Bulan ini dua selebriti terkenal tanah air akan menamatkan zaman bujang. Selepas Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim melangsungkan pernikahan pada 23 Februari ini, menyusul Ana Raffali pula diijabkabulkan dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim paa 25 Februari. Selamat bergelar raja sehari diucapkan kepada dua pasangan ini. Istimewanya Ana dan Naim tidak memilih hotel atau rumah untuk menjadi saksi hari bahagia mereka. Sebaliknya, Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati Hulu Klang dipilih sebagai lokasi majlis pertunangan, pernikahan dan kenduri mereka. Tema mendirikan masjid di dalam masjid sesuai digambarkan. KepakMerah diberitahu Ana akan menggayakan dua rekaan daripada dua pereka berbeza iaitu Ezuwan Ismail dan Safura Azali. Aktres sensasi yang baru saja muncul dengan filem Azura turut berganding bahu dengan kakaknya untuk menghasilkan sepatu buat hari bersejarah Ana dan Naim.

No comments:

Post a Comment