Monday 20 February 2012

Kutipan 'sedih' Filem-Filem Malaysia Tahun 2012. Apa dah jadi?

KepakMerah bukanlah nak mengutuk, apa lagi nak mengata, cuma nak berikan simpati kepada nasib filem-filem tempatan Malaysia sejak awal tahun 2012. Walaupun belum sampai dua bulan berakhir, tetapi sehingga 6 Februari 2012, inilah kutipan bagi filem-filem tempatan; sedih, dan memilukan.

Tapi tak kurang juga ada filem yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung. Maknanya, balik modal lah... Jadi, apa lagi, penonton dah menonton, pembikin filem, janganlah abaikan hakikat bahawa orang kita nak menonton filem yang Best dan bukan 'gitu-gitu' saja pembikinannya.

Jom check-it-out:

1. Judul: Sesuatu Yang Tertinggal
    Tarikh tayang: 5 Januari 2012
    Kos Pembikinan: RM 0.80 juta
    Kutipan (Sehingga 6 Februari 2012) : RM 0.69 juta


2. Judul: Keramat
    Tarikh tayang: 12 Januari 2012
    Kos Pembikinan: RM 1.82 juta
    Kutipan (Sehingga 6 Februari 2012) : RM 1.39 juta


3. Judul: Bujang Terlajak
    Tarikh tayang: 19 Januari 2012
    Kos Pembikinan: RM 1.39 juta
    Kutipan (Sehingga 6 Februari 2012) : RM 2.58 juta


4. Judul: Sumpahan Kum Kum
    Tarikh tayang: 26 Januari 2012
    Kos Pembikinan: RM 1.82 juta
    Kutipan (Sehingga 6 Februari 2012) : RM 1.88 juta


5. Judul: Azura
    Tarikh tayang: 2 Februari 2012
    Kos Pembikinan: RM 1.80 juta
    Kutipan (Sehingga 6 Februari 2012) : RM 0.61 juta




Bagaimana agaknya nasib filem-filem akan datang? sama-sama nantikan update di KepakMerah. Sumber kutipan sah dari FINAS.

KM: Support filem tempatan, tapi, kalau dihidangkan filem yang 'sedih' dan 'busuk', lama-lama menyampah juga.




No comments:

Post a Comment