Wednesday 22 February 2012

Serlahan Seni JKKN 2012


Joget lambak

Meriah sekali majlis Serlahan Seni Highlights JKKN 2012 yang diadakan di Restoran Songket malam tadi. Program yang dirancang untuk tahun ini hebat belaka.
  Memang sepatutnya begitulah kerana JKKN bertanggungjawab memartabatkan kesenian bangsa. Tahniah KepakMerah ucapkan kepada Pengarahnya, Datuk Norliza Rofli dan kakitangannya yang sentiasa melahirkan idea bernas dan bekerja keras.
   KepakMerah teringat masa JKKN menganjurkan program Joget Lambak di Melaka pada Disember lalu. Sangat meriah sampai hujan lebat turun pun, orang ramai tidak berganjak.
  Kalau ada JKKN buat lagi joget lambak tu, KepakMerah confirm akan pergi tengok lagi. Kali ini KepakMerah nak ajak semua kawan-kawan KepakMerah pergi sama. Lupakan sebentar hip hop, rap atau apa saja yang seumpamanya. 

KM: Teringin nak menari cha cha.

No comments:

Post a Comment