Saturday 25 February 2012

Fasha Sandha dan Jejai buat apa tu di butik Rizman Ruzaini?

Tadi KepakMerah singgah makan di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri. Nak dijadikan cerita KepakMerah terperasan kelibat dua pasangan sejoli Fasha Sandha dengan cinta hatinya, Jejai menuju ke butik pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini di situ. Dalam hati KepakMerah berkata, barangkali pasangan itu sedang sibuk menguruskan persiapan kahwin. Iyalah beberapa bulan kebelakangann ini desas desus mengenai perkahwinan mereka menjadi bualan. Malah timbul cerita pasangan berkenaan bakal berkahwin di Bali, Indonesia tak lama lagi. Tarikh spesifik memang belum ada. Berbalik kepada cerita di butik Rizman Ruzaini tadi, KepakMerah tak pelik kalau Fasha pilih duo pereka tersohor itu kerana ramai selebriti yang gemar menyarung rekaan mereka termasuklah perihal membabitkan hari bahagia. Mungkin juga Rizman Ruzaini salah seorang pereka yang dipilih untuk menyiapkan salah satu pakaian kahwin Fasha. Siapa tahukan. Atau dalam hati KepakMerah turut berkata mungkin juga Fasha bertemu Rizman Ruzaini untuk membikin baju untuk malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 pada 8 April depan. Entahlah. Apa-apapun KepakMerah doakan yang terbaik buat Fasha dan Jejai menjelang hari bahagia mereka. KM: suka tengok lakonan Fazura, natural sangat.

No comments:

Post a Comment