Tuesday 21 February 2012

Johan As'ari dinaungi syarikat Wire Fame Sdn Bhd sebumbung dengan Zizan Raja Lawak.


Sekarang ini selain pelakon pelapis wanita seperti Neelofa, Izara Aishah, Tasha Shilla dan Nur Fathia (sekadar menyebut beberapa nama), pelakon lelaki di Malaysia pun tak kurang hebatnya. Nama seperti Johan As'ari, Beto Kusyairy, Sharnaaz Basir Ahmad, Nazim Othman dan Shah Iskandar antara yang mula menyinar. 


Johan contohnya pantas meraih populariti segera dengan pelbagai bahan kontroversi tahun lalu selain drama lakonannya yang mula mencipta fenomena seperti Juvana dan Cinta Elysa. Adat popular, mulalah KepakMerah dengar cerita kurang enak apabila teman rapat kepada Nabila Huda ini mula lupa diri. 

Namun, jejaka yang kembali berimej botak demi filem Juvana itu tidak cepat melatah dan cuba melalui kembara seninya dengan baik. Johan juga beberapa kali meminta supaya dirinya ditegur andai mula lupa jejak tanah. Apa-apapun KepakMerah dengar sejak Januari lalu kerjaya seninya mula teratur apabila menyertai syarikat Wire Fame Sdn Bhd yang turut dinaungi Zizan Raja Lawak. 

Semoga Johan tak lupa diri. Johan juga menjadi calon Artis Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Selamat maju jaya Johan.
KM: Selamat pengantin baru diucapkan kepada Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Ana Raffali dan Naim yang akan bernikah minggu ini

No comments:

Post a Comment