Thursday 23 February 2012

Artis nafi report polis






Hi...berbulunya KepakMerah dengan artis ini. Dia yang buat report polis yang dia kena pukul dengan suaminya, alih-alih tak mengaku. Mati-mati dia tak mahu mengaku.
  Menurut dari sumber yang sahih, depan suami dia pun dia tak mengaku kerana suaminya ugut kalau dia report polis, dia akan diceraikan. Dia pun bersumpah yang dia tak buat report polis, abis nama kau kat balai itu, sapa pulak yang buat report. Mustahil ada nama dan binti yang sebiji sama. Kalau sama pun mungkin pada nama tetapi nama bapanya lain.
  Setahu KepakMerah, kalau ada apa-apa yang berlaku pada orang itu, tuan badan sendiri yang kena datang buat report..lainlah kalau orang itu dah meninggal atau keuzuran yang amat sangat, barulah orang lain boleh buat report atas pihaknya.  
   KepakMerah nak tengok sejauh mana sandiwara pelakon ini.

KM: ramai benar penipu dalam dunia ini.

No comments:

Post a Comment