Monday 27 February 2012

Rozita Che Wan buat apa ke India awal Mac ini?


 



KepakMerah dapat tahu pelakon dan ibu tunggal hot, Rozita Che Wan akan ke India bermula 1 hingga 5 Mac depan untuk menjalani penggambaran sebuah majalah fesyen popular. Kelas Rozita. 

Selepas hasratnya tak jadi bersara dulu, rezeki wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahir AF dan Zain Saidin ini tetap murah. Sekarang kakak kepada Ayu Raudhah ini sedang sibuk dengan penggambaran drama slot Zehra di TV3, Bunga Bunga Syurga arahan Jet Li. 

Lepas balik India, Rozita akan sambung balik penggambaran drama berkenaan yang turut dilakonkan Johan As'ari, Eizlan Yusof dan Wawa Zainal. Seterusnya ibu kepada dua anak itu akan sibuk di lokasi penggambaran untuk sebuah drama di Astro pula. Pada masa yang sama, Rozita juga sibuk dengan bisnes tudung jenama Padusi miliknya yang beroperasi di No. 17 Level 1, Jalan USJ 10/1F 47630 Subang Jaya, Selangor. Butik tudung itu sedang menanti masa untuk dilancarkan saja. Tahniah Rozita.
KM: Tunggu hari bahagia Rozita... dengan siapalah agaknya... sudah ada calon ke?

No comments:

Post a Comment