Thursday 23 February 2012

Wan Shades jadi mangsa fitnah


Apabila KepakMerah baca berita Wan Shades, KepakMerah dapat memahami perasannya. Bukan kecil punya fitnah yang diterimanya tetapi fitnah yang sangat mengaibkan,
  Orang selalu kata apa ada pada nama. Memang nama itu sangat penting, tengok apa dah jadi sekarang, dek kerana nama sama, tak pasal-pasal Wan pula yang dituduh.
   Sabarlah Wan kerana anda berada di pihak yang benar. Di sini KepakMerah sertakan berita Wan seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro semalam.


Wan Shades jadi mangsa fitnah


SIKAP penulis blog melaporkan berita berunsur fitnah terhadap penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan, mencalar imejnya sebagai artis.
Apa yang mengejutkannya, nama dan gambarnya terpampang di laman blog berkenaan hingga mengundang pertanyaan ramai pihak khusus kenalannya yang ingin tahu kesahihan. Sambil merujuk laporan muka depan Harian Metro kelmarin, Penyanyi Buas, Wan menegaskan dia bukanlah individu dimaksudkan dalam laporan berita itu.

Wan berkata, dia sudah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik laman blog berkenaan yang dianggap fitnah.

“Laporan penulis blog itu hanya spekulasi dan tidak sepatutnya nama dan muka saya dikeluarkan. Malah, fakta mengatakan saya pernah menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Embun tidak benar.


“Saya sangat kecewa dengan sikap penulis blog terbabit. Tindakan saman saya bersebab kerana pertama, saya ingin beritahu pada mana-mana penulis blog jangan sesuka hati melaporkan cerita bukan-bukan.

“Kedua, saya ingin memberi peringatan pada artis lain agar tidak menjadi mangsa seperti saya. Laporan ini jelas memalukan kelompok wartawan lain dan dalam Islam sendiri, jika dia seorang Muslim tidak seharusnya menabur
fitnah,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Wan berkata, impak laporan berita fitnah ini memberi imej negatif pada dirinya apatah lagi mengalas tanggungjawab Naib Yang Di-Pertua Pertubuhan Seni Silat Gayung Daerah Gombak dan setiausaha Rukun Tetangga Gombak Setia. Selain mengambil tindakan saman, dia juga akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk membersihkan namanya.


KM: Ibu bapa zaman sekarang suka bubuh nama anak dengan nama yang pelik-pelik. Kadang tu nak panggil pun berbelit lidah. Sudahnya panggil boboi dan gigirl saja. Carilah nama yang bagus maknanya seperti Muhammad, Adbdullah, Siti Khadijah, Siti Aishah.

No comments:

Post a Comment