Wednesday 22 February 2012

Produser bela nasib pelakon




Zaryn Min berlakon dalam drama Cinta Irama Klasik



KepakMerah tabiklah dengan produser Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir kerana sanggup keluarkan bajet dulu sebelum dapat kontrak dengan mana-mana stesen TV. Dia juga sanggup mempertahankan pelakon yang dia suka dan sesuai dengan watak yang dicipta dalam skrip tulisan.
   Tahu sajalah stesen TV yang terlalu mengada-nadakan sekarang. Orang lain susah payah buat skrip dan sudah bayangkan pelakon yang sesuai, senang aje mereka caras. Sesuka hati digantikan dengan pelakon lain, sudahnya drama itu jadi entah apa-apa.
   Tetapi Mohd Noor Kadir, dia ada pendirian yang jelas dan tahu apa yang dia mahukan. Kalau dia kata nak pelakon A, jangan pandai-pandai tukar dengan pelakon D.
   KepakMerah dengar Mohd Noor juga sanggup keluarkan bajet tinggi untuk buat dramanya kerana dia sangat mementingkan kualiti. Khabarnya untuk projek drama terbarunya yang berjudul, Cinta Irama Klasik, dia keluar belanja RM80,000. Dan belum tentu lagi stesen TV akan bayar dengan harga yang tinggi. Drama itu menampilkan lakonan Zaryn Min, Radhi Khalid, Aman Shah, Intan Azura dan Mahadi Amin.
   Baguslah Mohd Noor sekurang-kurangnya ada juga yang membela nasib pelakon yang dipinggirkan oleh stesen TV ini.

KM:Berniaga mestilah nak untung tetapi jangan sampai menindas orang lain.

No comments:

Post a Comment