Wednesday 29 February 2012

berTWITTER ikut sedap jari ... artis Malaysia

KepakMerah terkejut bila membaca Twitter sorang artis nih, ayat di twitter nya seolah tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan membatalkan konsert Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung di negara kita. Nama sahaja Islam tapi menulis di twitter tanpa fikir diri awak tu siapa. Awak tu setakat artis jer, pelakon drama dan filem yang suam-suam kuku.

KepakMerah nak tegur pasal artis nih, siap tulis nak 'migrate' sebab negara kita banyak membuat keputusan 'bodoh dan memalukan' - So, apa yang si artis tu nak tunggu lagi. Kemas lah beg pakaian tuh dan pergi beli tiket kapal terbang dan pilihlah destinasi yang nak dituju. Nak duduk kat negara mana??? KepakMerah rasa la, takkan ada satu pun rakyat Malaysia nak halang dia..... pergilah. Peminat kat Malaysia nih bila - bila masa boleh bertukar artis.... 'tak heran pun'.

Lagi satu yang KepakMerah benar-benar terperanjat bila dia dengan selamba badak jer tulis dan buat perbandingan mengatakan bahawa "ramai manusia yang pergi ke 'MEKAH' bertattoo .... dan tak kena sambar petir pun?" - wahhhh sedapnya ayat dia..... artis ni pernah rasa kena petir ka??? kalau tak pernah jangan la cuba-cuba bermain 'petir'. KepakMerah faham apa yang nak dimaksudkan tu.... mungkin mereka yang baru memeluk Islam pergi ke Mekah untuk menunaikan HAJI atau Umrah (mereka tak kena panah petir).... mungkin tattoo yang ada dibadan mereka tu dibuat SEBELUM mereka memeluk ISLAM. Entah-entah ILMU yang ada pada mereka tentang Islam lebih tinggi daripada artis tuh.... hhmmmm... fikirkan.

KepakMerah nak menulis ni pun fikir berpuluh kali, tapi KepakMerah kena tulis juga dan membuat teguran demi kebaikan semua pihak. Ambillah iktibar daripada perkara-perkara yang telah Allah tunjukkan kepada umat manusia. Dah banyak BALA diturunkan..... tak nampak ke???


KM: suka menulis.... sambil menulis dan berFIKIR akibatnya setelah dibaca oleh orang lain.


No comments:

Post a Comment