KepakMerah terkejut bila membaca Twitter sorang artis nih, ayat di twitter nya seolah tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan membatalkan konsert Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung di negara kita. Nama sahaja Islam tapi menulis di twitter tanpa fikir diri awak tu siapa. Awak tu setakat artis jer, pelakon drama dan filem yang suam-suam kuku.
KepakMerah nak tegur pasal artis nih, siap tulis nak 'migrate' sebab negara kita banyak membuat keputusan 'bodoh dan memalukan' - So, apa yang si artis tu nak tunggu lagi. Kemas lah beg pakaian tuh dan pergi beli tiket kapal terbang dan pilihlah destinasi yang nak dituju. Nak duduk kat negara mana??? KepakMerah rasa la, takkan ada satu pun rakyat Malaysia nak halang dia..... pergilah. Peminat kat Malaysia nih bila - bila masa boleh bertukar artis.... 'tak heran pun'.
Lagi satu yang KepakMerah benar-benar terperanjat bila dia dengan selamba badak jer tulis dan buat perbandingan mengatakan bahawa "ramai manusia yang pergi ke 'MEKAH' bertattoo .... dan tak kena sambar petir pun?" - wahhhh sedapnya ayat dia..... artis ni pernah rasa kena petir ka??? kalau tak pernah jangan la cuba-cuba bermain 'petir'. KepakMerah faham apa yang nak dimaksudkan tu.... mungkin mereka yang baru memeluk Islam pergi ke Mekah untuk menunaikan HAJI atau Umrah (mereka tak kena panah petir).... mungkin tattoo yang ada dibadan mereka tu dibuat SEBELUM mereka memeluk ISLAM. Entah-entah ILMU yang ada pada mereka tentang Islam lebih tinggi daripada artis tuh.... hhmmmm... fikirkan.
KepakMerah nak menulis ni pun fikir berpuluh kali, tapi KepakMerah kena tulis juga dan membuat teguran demi kebaikan semua pihak. Ambillah iktibar daripada perkara-perkara yang telah Allah tunjukkan kepada umat manusia. Dah banyak BALA diturunkan..... tak nampak ke???
KM: suka menulis.... sambil menulis dan berFIKIR akibatnya setelah dibaca oleh orang lain.
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts
Wednesday, 29 February 2012
Friday, 24 February 2012
Peluang Jadi Artis KRU Records - ABPBH2011
Peluang jadi artis rakaman KRU Records dengan menyertai Bintang Idola Berita Harian
SIRI jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 datang lagi tahun ini dan dimulakan di SACC, Shah Alam bermula 25 hingga 26 Februari ini. Seperti biasa uji bakat dan saringan awal pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) diadakan pada 25 Februari untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan bertanding di peringkat Mall pada keesokannya.
Peluang menjadi artis rakaman syarikat KRU Records antara habuan menarik yang ditawarkan kepada peserta BIBH bersempena jelajah promosi berkenaan. Keesokan harinya, siri jelajah ABPBH2011 kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran finalis atau Top 5 ABPBH-2011 yang bakal muncul di SACC Mall, Shah Alam nanti terdiri daripada Adi Putra, Rozita Che Wan, Eja, Iza- ra Aisyah, Aeril Zafrel, Fara Fauzana, Aznil, Mawi, Neelofa, Shila Hamzah, Diana Daniellle, Suraya Hot FM selain Meet Uncle Hussain, 6itxh Sense dan Forteen.
Difahamkan pengunjung yang mahu menyerbu pusat membeli belah berkenaan digalakkan datang dengan memakai baju merah sebagai tanda memeriahkan lagi suasana jelajah promosi ini. Pada masa sama, pengunjung boleh mendapatkan barangan premium ABPBH2011 yang dikeluarkan khas sempena jubli perak seperti pelekat bermagnet gambar pemenang musim lalu, selain sesi fotografi istimewa. Anda hanya perlu menukarnya dengan 10 keratan kepala akhbar BH untuk mendapatkan pelekat magnet artis sempena siri jelajah promosi ABPBH2011.
INFO
Perkara penting menyertai BIBH
* Terbuka untuk warganegara Malaysia, berumur 15 tahun hingga 35 tahun pada 2012.
* Terhad 120 peserta terawal di setiap lokasi.
* Bawa sekeping gambar berukuran pasport.
* Bawa 15 keratan kepala akhbar Berita Harian 2012 semasa mendaftar.
* Bawa bersama CD minus one.
* Anda tidak layak sertai BIBH kalau sudah ada album atau jadi artis rakaman mana-mana syarikat.
* Perbelanjaan menyertai BIBH adalah tanggungan peserta sendiri
INFO
Perkara penting menyertai BIBH
* Terbuka untuk warganegara Malaysia, berumur 15 tahun hingga 35 tahun pada 2012.
* Terhad 120 peserta terawal di setiap lokasi.
* Bawa sekeping gambar berukuran pasport.
* Bawa 15 keratan kepala akhbar Berita Harian 2012 semasa mendaftar.
* Bawa bersama CD minus one.
* Anda tidak layak sertai BIBH kalau sudah ada album atau jadi artis rakaman mana-mana syarikat.
* Perbelanjaan menyertai BIBH adalah tanggungan peserta sendiri
KM: Tak pandai menyanyi sangat, tengok orang menyanyi okeylah pastu jadi tukang tepuk tangan.
Wednesday, 22 February 2012
Hafiz Hamidun nak ke UK buat show??
Sejuk hati, tenang jiwa apabila KepakMerah mendengar zikir terapi diri Hafiz Hamidun. Apapun tahniah daripada KepakMerah atas kejayaan Hafiz menerbitkan album zikir pertama dibawah naungan syarikat miliknya Arteffects Sdn Bhd. Dengar cerita album tuh dah jual hampir 11 ribu unit dalam tempoh 2 bulan. Setahu KepakMerah, penjualan album artis tempatan masih ditahap yang kronik. Kebanyakkan artis menerbitkan single dan kemudian jual melalui digital. Jadi, jika benar album zikir Hafiz ni jualannya melebihi 10 ribu unit itu dah dikira bagus sangat. Tahniah yer Hafiz.....
KepakMerah pun risik-risik juga pasal si Hafiz nih..... rupa-rupanya dalam diam, Hafiz ni ligat juga orangnya selain sibuk show sana sini. Hafiz bertambah ligat menjadi penerbit album berkonsep zikir. Dengar khabar yang sahih.... gang Imam Muda pun dibawah label syarikat milik Hafiz.... sapa tu?? adakah Imam Muda Ashraf, Imam Muda Najdi???... hhmmmm baguslah Hafiz. KepakMerah doakan kejayaan.
Kawan rapat Hafiz Hamidun ada bagitahu KepakMerah pasal Si Hafiz ni nak pergi buat persembahan kat UK... United Kingdom. Lokasinya di Sheffield University. Wahhhh Hafiz kini dah mula terbang jauh untuk buat persembahan.... mantap. Kepakmerah tumpang gembira bila ada artis tempatan dapat memenuhi permintaan untuk mengadakan persembahan diluar negara. Sekurang-kurangnya ada juga pengalaman menyanyi di negara orang.
KM: bila Hafiz balik nanti KM nak buat cerita eksklusif lah... kalau Hafiz sudi kongsi cerita.
Subscribe to:
Posts (Atom)