Showing posts with label ABPBH. Show all posts
Showing posts with label ABPBH. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Rezeki Didie Alias makin murah



SEBAK juga KepakMerah membaca cerita mengenai kesusahan dan pergelutan Didie Alias, 39, dalam dunia seni dalam B*Pop, Berita Minggu baru-baru ini. Tapi Alhamdulillah akhirnya Didie berjaya mengatasi segala-galanya dan kini boleh hidup senang. Lebih membanggakan selepas diberi peluang mengacarakan Anugerah Planet Muzik 2011, Didie dapat peluang mengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 pula di sisi Zizan, Sharifah Shahira dan Raja Azura 8 April ini. 

KepakMerah baru dapat tahu rupa-rupanya Didie ada enam orang anak tetapi anak ketiganya hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Redzuan Hashim iaitu Muhammad Rizal Abdullah meninggal dunia kerana lahir tak cukup bulan. Lima anaknya yang lain pun dah besar panjang. Mereka ialah  Ziz Nur Dhaniyah (19), Muhammad Dhanial (18), Nurdinie (16), Nur Dayini Ahza (14) dan Nur Diyana (13). Disember lalu, Nurdinie pun membahagiakan Didie selepas berjaya memperoleh pencapaian cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). 

Daripada sisi peribadi, Didie pun sudah berkahwin lain sejak 2009 lalu dengan suami, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail, 35. Malahan, Norisham antara individu yang sering menemani Didie dalam setiap majlis atau acara hiburan. Loving couple sangat mereka. Apapun, KepakMerah doakan Didie terus sukses lagi pada masa mendatang.
KM: Nak pergi tengok Cuci The Musical Last Kopek minggu depan di Panggung Sari, Istana Budaya. Siapa yang nak tengok boleh layari www.ticket2u.biz untuk beli tiket.

Friday, 24 February 2012

Peluang Jadi Artis KRU Records - ABPBH2011




Peluang jadi artis rakaman KRU Records dengan menyertai Bintang Idola Berita Harian
 
SIRI jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 datang lagi tahun ini dan dimulakan di SACC, Shah Alam bermula 25 hingga 26 Februari ini. Seperti biasa uji bakat dan saringan awal pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) diadakan pada 25 Februari untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan bertanding di peringkat Mall pada keesokannya. 

Peluang menjadi artis rakaman syarikat KRU Records antara habuan menarik yang ditawarkan kepada peserta BIBH bersempena jelajah promosi berkenaan. Keesokan harinya,  siri jelajah ABPBH2011 kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran finalis atau Top 5 ABPBH-2011 yang bakal muncul di SACC Mall, Shah Alam nanti terdiri daripada Adi Putra, Rozita Che Wan, Eja, Iza- ra Aisyah, Aeril Zafrel, Fara Fauzana, Aznil, Mawi, Neelofa, Shila Hamzah, Diana Daniellle, Suraya Hot FM selain Meet Uncle Hussain, 6itxh Sense dan Forteen. 

Difahamkan pengunjung yang mahu menyerbu pusat membeli belah berkenaan digalakkan  datang dengan memakai baju merah sebagai tanda memeriahkan lagi suasana jelajah promosi ini. Pada masa sama, pengunjung boleh mendapatkan barangan premium ABPBH2011 yang dikeluarkan khas sempena jubli perak seperti pelekat bermagnet gambar pemenang musim lalu, selain sesi fotografi istimewa. Anda hanya perlu menukarnya dengan 10 keratan kepala akhbar BH untuk mendapatkan pelekat magnet artis sempena siri jelajah promosi ABPBH2011.
   
  INFO
   
  Perkara penting menyertai BIBH
   
  * Terbuka untuk warganegara Malaysia, berumur 15 tahun hingga 35 tahun pada 2012.
   
  * Terhad 120 peserta terawal di setiap lokasi.
   
  * Bawa sekeping gambar berukuran pasport.
   
  * Bawa 15 keratan kepala akhbar Berita Harian 2012 semasa mendaftar.
   
  * Bawa bersama CD minus one.
   
  * Anda tidak layak sertai BIBH kalau sudah ada album atau jadi artis rakaman mana-mana syarikat.
   
  * Perbelanjaan menyertai BIBH adalah tanggungan peserta sendiri 
 
KM: Tak pandai menyanyi sangat, tengok orang menyanyi okeylah pastu jadi tukang tepuk tangan.