Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts
Showing posts with label ABPBH 2011. Show all posts

Friday, 24 February 2012

Peluang Jadi Artis KRU Records - ABPBH2011




Peluang jadi artis rakaman KRU Records dengan menyertai Bintang Idola Berita Harian
 
SIRI jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 datang lagi tahun ini dan dimulakan di SACC, Shah Alam bermula 25 hingga 26 Februari ini. Seperti biasa uji bakat dan saringan awal pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) diadakan pada 25 Februari untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan bertanding di peringkat Mall pada keesokannya. 

Peluang menjadi artis rakaman syarikat KRU Records antara habuan menarik yang ditawarkan kepada peserta BIBH bersempena jelajah promosi berkenaan. Keesokan harinya,  siri jelajah ABPBH2011 kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran finalis atau Top 5 ABPBH-2011 yang bakal muncul di SACC Mall, Shah Alam nanti terdiri daripada Adi Putra, Rozita Che Wan, Eja, Iza- ra Aisyah, Aeril Zafrel, Fara Fauzana, Aznil, Mawi, Neelofa, Shila Hamzah, Diana Daniellle, Suraya Hot FM selain Meet Uncle Hussain, 6itxh Sense dan Forteen. 

Difahamkan pengunjung yang mahu menyerbu pusat membeli belah berkenaan digalakkan  datang dengan memakai baju merah sebagai tanda memeriahkan lagi suasana jelajah promosi ini. Pada masa sama, pengunjung boleh mendapatkan barangan premium ABPBH2011 yang dikeluarkan khas sempena jubli perak seperti pelekat bermagnet gambar pemenang musim lalu, selain sesi fotografi istimewa. Anda hanya perlu menukarnya dengan 10 keratan kepala akhbar BH untuk mendapatkan pelekat magnet artis sempena siri jelajah promosi ABPBH2011.
   
  INFO
   
  Perkara penting menyertai BIBH
   
  * Terbuka untuk warganegara Malaysia, berumur 15 tahun hingga 35 tahun pada 2012.
   
  * Terhad 120 peserta terawal di setiap lokasi.
   
  * Bawa sekeping gambar berukuran pasport.
   
  * Bawa 15 keratan kepala akhbar Berita Harian 2012 semasa mendaftar.
   
  * Bawa bersama CD minus one.
   
  * Anda tidak layak sertai BIBH kalau sudah ada album atau jadi artis rakaman mana-mana syarikat.
   
  * Perbelanjaan menyertai BIBH adalah tanggungan peserta sendiri 
 
KM: Tak pandai menyanyi sangat, tengok orang menyanyi okeylah pastu jadi tukang tepuk tangan.

Sunday, 19 February 2012

Aaron Aziz bakal jadi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011??



Melihat kepada populariti yang diraih Aaron Aziz tahun lalu saja, sudah ada yang meramal potensi aktor kelahiran Singapura itu untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Lihat saja tahun lalu, suami kepada Diyana Halik itu menyerlah dan hangat dengan beberapa produk seperti pementasan teater muzikal, Badai Semalam, filem Ombak Rindu dan drama Nora Elena. Ada yang menganggap populariti lambat yang diraihnya seperti late bloomer.

Biarpun sudah berstatus suami dan bapa orang, lelaki macho kegilaan ramai itu semakin menunjukkan taringnya. Namun masih terlalu awal untuk menebak bahawa rezeki akan menyebelahi pelakon filem KL Gangster 2 itu kerana undian peminat tak menentu turun naiknya.

Mungkin akan berlaku kejutan melihat calon lain mengambil posisi yang disandang Shaheizy Sam tahun lalu. Tunggu saja keputusan pertandingan berpaksikam popular itu pada 8 April depan.

KM: tunggu teater Tun Siti Hasmah lakonan Erra Fazira dan Aaron Aziz tahun ini di Istana Budaya