Sunday 19 February 2012

Aaron Aziz bakal jadi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011??



Melihat kepada populariti yang diraih Aaron Aziz tahun lalu saja, sudah ada yang meramal potensi aktor kelahiran Singapura itu untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Lihat saja tahun lalu, suami kepada Diyana Halik itu menyerlah dan hangat dengan beberapa produk seperti pementasan teater muzikal, Badai Semalam, filem Ombak Rindu dan drama Nora Elena. Ada yang menganggap populariti lambat yang diraihnya seperti late bloomer.

Biarpun sudah berstatus suami dan bapa orang, lelaki macho kegilaan ramai itu semakin menunjukkan taringnya. Namun masih terlalu awal untuk menebak bahawa rezeki akan menyebelahi pelakon filem KL Gangster 2 itu kerana undian peminat tak menentu turun naiknya.

Mungkin akan berlaku kejutan melihat calon lain mengambil posisi yang disandang Shaheizy Sam tahun lalu. Tunggu saja keputusan pertandingan berpaksikam popular itu pada 8 April depan.

KM: tunggu teater Tun Siti Hasmah lakonan Erra Fazira dan Aaron Aziz tahun ini di Istana Budaya

No comments:

Post a Comment