Wednesday 22 February 2012

Hafiz Hamidun nak ke UK buat show??


Sejuk hati, tenang jiwa apabila KepakMerah mendengar zikir terapi diri Hafiz Hamidun. Apapun tahniah daripada KepakMerah atas kejayaan Hafiz menerbitkan album zikir pertama dibawah naungan syarikat miliknya Arteffects Sdn Bhd. Dengar cerita album tuh dah jual hampir 11 ribu unit dalam tempoh 2 bulan. Setahu KepakMerah, penjualan album artis tempatan masih ditahap yang kronik. Kebanyakkan artis menerbitkan single dan kemudian jual melalui digital. Jadi, jika benar album zikir Hafiz ni jualannya melebihi 10 ribu unit itu dah dikira bagus sangat. Tahniah yer Hafiz.....

KepakMerah pun risik-risik juga pasal si Hafiz nih..... rupa-rupanya dalam diam, Hafiz ni ligat juga orangnya selain sibuk show sana sini. Hafiz bertambah ligat menjadi penerbit album berkonsep zikir. Dengar khabar yang sahih.... gang Imam Muda pun dibawah label syarikat milik Hafiz.... sapa tu?? adakah Imam Muda Ashraf, Imam Muda Najdi???... hhmmmm baguslah Hafiz. KepakMerah doakan kejayaan.

Kawan rapat Hafiz Hamidun ada bagitahu KepakMerah pasal Si Hafiz ni nak pergi buat persembahan kat UK... United Kingdom. Lokasinya di Sheffield University. Wahhhh Hafiz kini dah mula terbang jauh untuk buat persembahan.... mantap. Kepakmerah tumpang gembira bila ada artis tempatan dapat memenuhi permintaan untuk mengadakan persembahan diluar negara. Sekurang-kurangnya ada juga pengalaman menyanyi di negara orang.

KM: bila Hafiz balik nanti KM nak buat cerita eksklusif lah... kalau Hafiz sudi kongsi cerita.


2 comments: