Thursday 23 February 2012

MAWI!!! Apa cerita ekk??

Dua tiga hari lepas KepakMerah sempat bersembang dengan Mawi, sekadar nak bertanya perkhabaran ikon yang pernah menjadi fenomena di dalam industri seni tanahair. Nampaknya badan Mawi nampak berisi sikit. Maklumlah dalam sedikit masa lagi dia akan bergelar BAPA. Menurut Mawi, isterinya Ekin akan melahirkan baby sulong pada bila-bila masa sahaja. Tu sebab Mawi tak berani nak bertemu atau ambil program yang jauh-jauh. Air muka Mawi nampak happy sangat bila ditanya tentang jantina baby yang akan lahir nanti. Katanya rahsia.... Hehehhee... Tapi bila scan tak nampak ciri-ciri lelaki. Hmmmm maknanya??.... Tahniah MAWI. Jadilah seorang bapa yang mampu mendidik anak dengan sempurna. Jadilah seorang bapa yang boleh menjadi contoh kepada anak-anak atau legasi MAWI. Sekarang Mawi tengah sibuk buat rakaman album bersama anak-anak FELDA. Album apa tu??? Katanya lagi, album ini gabungan anak-anak peneroka. Ada beberapa nama artis yang disebutkan oleh Mawi tapi perlu dirahsiakan lagi katanya...mungkin pihak FELDA nak buat kejutan @ gimmick masa pelancaran kot. KM : teringin nak timang baby girl......

No comments:

Post a Comment