Wednesday 15 February 2012

Valentine vs valentine

Sekadar nak kongsi sedikit dengan pembaca pasal Valentines day. Majlis Fatwa dan Ulamak telah pun membuat fatwa dengan mengatakan bahawa umat Islam TIDAK boleh menyambut hari tersebut. Ini kerana banyak perkara yang negatif berlaku dalam masyarakat Islam khususnya setiap kali tibanya tarikh 14 februari. Sebagai contoh, berlakunya pergaulan bebas sehinggakan sembilan bulan selepas itu akan lahirlah bayi2 yang tidak berdosa akibat perbuatan mereka yang menyambut Valentines Day (hari kekasih). Entah apa tujuan munculnya valentines day nih. Yang nyata ianya bukanlah hari yang perlu disambut oleh umat Islam. Sebaliknya Valentines ni banyak merosakkan akidah umat. Setahu KepakMerah, tak ada satu pun hadis atau kitab yang menyuruh umatnya menyambut valentines nih. Jadi kita sebagai Umat Muhammad SAW tak perlulah sibuk untuk membuat ucapan-ucapan valentines nih.

KepakMerah juga sempat membaca entry beautifulnara yang menyiarkan artikel pasal valentines, jom baca.


Semalam adalah hari Valentine. Abang Nara rasa ramai pembaca BeautifulNara yang sedar mengenai hari tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak menyambutnya. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada anda yang mengambil langkah sebegitu. Namun sebentar tadi, Sazzy Falak telah mengupdate status twitternya yang berkaitan dengan sambutan Valentine seperti di bawah.
sazzy status valentine
Ternyata status yang diupdate ini telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pengikut Sazzy Falak di Twitter. Sebelum anda juga rasa kurang senang, sila baca penerangan daripada Sazzy Falak.
sazzy status valentine
Mungkinkah pengikut twitter Sazzy Falak terlalu emosional? Atau sememangnya tidak wajar untuk selebriti terkenal untuk mengupdate status berkaitan Valentine? Apa pendapat anda?

No comments:

Post a Comment