Sunday 19 February 2012

Awi Rafael akan jalan dengan peminat bertuah di permaidani merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011



Penyanyi lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta, Awi Rafael bakal berjalan beriringan dengan peminat fanatik dan bertuahnya di permaidani merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 pada 8 April ini di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Semua itu sebagai usaha melobi undiannya di majlis berprestij anjuran Berita Harian itu. Bererti impian seorang peminat bertuahnya hanya akan menjadi realiti jika mereka terus mengundi Awi yang juga calon Artis Baru Lelako Popular.

Usaha ini dikatakan bermula dengan suka-suka di Twitter dan Facebook milik Awi. Jadi peminat Awi yang nak berjalan di karpet merah kena terus mengundi Awi. Tapi ingat hanya seorang saja yang berpeluang 'berdampingan' dengan Awi malam kemuncak itu nanti.

Dalam pada itu, KepakMerah dapat tahu syarikat naungan Awi iaitu Warner Music turut bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi popular, Celcom turut menganjurkan pertandingan muat turun terbanyak lagu penyanyi berkenaan. Artis Wana yang bernaung satu bumbung dengan Awi pun turut serta.

Peminat Awi dan Wana hanya perlu memuat turun lagu dua penyanyi itu dan berpeluang makan malam di sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur. Apa lagi...cepat muat turun lagu dendangan Awi dan Wana. KM: Jangan lupa follow KepakMerah di Twitter ya.

No comments:

Post a Comment