Friday 24 February 2012

The Legendary Concert - Zainal, Jamal, AmySearch dan Sheila Majid


Lima siri konsert empat lagenda tanah air                       
 
SEKALIPUN ada artis generasi baru, KepakMerah yakin pasaran terhadap artis senior tetap ada. Jadi tak hairanlah, KepakMerah dapat tahu, syarikat Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd sah akan menggabungkan ZAINAL Abidin, Jamal Abdillah, Amy Search dan Datuk Sheila Majid  dalam satu konsert. 

Mereka ternyata antara legenda seni kita yang masih bernafas untuk terus menghibur warga kita. Idea untuk berkongsi pentas disambut baik mereka. Langsung mereka digabungkan di dalam sebuah konsert, The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini dan Selamanya yang dijangka mencetus sejarah baru industri muzik tanah air.

Konsert itu akan bermula pada  5 Mei depan dan bukan hanya satu lokasi sebaliknya ada lima lokasi. Lima lokasi iaitu bermula di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 5 Mei, diikuti Stadium Likas, Kota Kinabalu (19 Mei), Stadium Kuching, Kuching (26 Mei), Pulau Pinang (23 Jun) dan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).


 
 
 

   
KM: Tetap suka suara lemak merdu Jamal Abdillah...layan gitu.
 

No comments:

Post a Comment