Monday 27 February 2012

Reza ligat uruskan Patung Studio




KepakMerah puji niat dan usaha bekas penyampai radio Era, Reza Mohamed yang mahu memupuk budaya positif di kalangan remaja dengan menganjurkan aktiviti sihat di studio miliknya sendiri diberi nama Patung Studio. Aktiviti yang sedang dan bakal dirancang cenderung kepada paksi seni yang cukup tebal dalam jiwanya seperti menari, menyanyi, bermain muzik dan bidang peragaan. 

Kata Reza, remaja di luar sana tidak perlu risau mengenai harga bayarannya kerana studio yang bertempat di 52A-3, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur ini menawarkan harga yang berpatutan. 

Mengenai kerjaya seninya pula, Reza juga bakal muncul mengacarakan program Propaganza (KRU TV). Reza meletakkan jawatannya di stesen radio Era pada Disember tahun lalu. Reza juga sedang menganjurkan uji bakat mencari golongan ibu bapa dan anak untuk di kalangan mereka yang berdarah Pan Asia atau berkulit cerah untuk tujuan komersial. Berminat boleh ke studio Patung mulai hari ini dan esok dari jam 10 pagi ke 6 petang atau hubungi talian             019-2035303      .

KM: ... berdarah apa ekkk??? PanCake kot... hehehee

No comments:

Post a Comment