Saturday 18 February 2012

Kerenah stesen TV

Dah naik berkerak telinga KepakMerah mendengar rintihan produser dan pengarah drama mengenai kerenah stesen TV yang melampau sekarang.Bayar ciput tetapi nak artis hebat yang kononnya tergolong dalam artis gred A.
   Pengarah dah senaraikan nama pelakon seperti yang dibayangkan oleh penulis skrip dalam skripnya. Tetapi bila tiba ke meja stesen TV itu tanpa diteliti atau rasa simpati terus mereka pangkah semua nama itu dan digantikan dengan artis yang mereka berkenan.
   Yang tersangatlah kelakarnya bila pelakon yang mereka pilih itu sibuk berlakon drama lain, orang itu tanya pada kawan di sebelahnya, 'siapa artis kau suka'. Agaknya dah termalu sendirilah tu.
   La, gitu pula caranya. Mereka bukan pilih kerana artis itu berbakat dan sesuai dengan watak dalam skrip tetapi mereka pilih pelakon kerana dia suka, kawan dia pun suka dan tok wan dia juga suka.
   Patutlah sekarang KepakMerah tengok drama di stesen TV tu kadang entah apa-apa. Aduh! macam manalah industri nak maju.

KM: Lebih baik orang itu buat drama sendiri, dia berlakon sendiri dan panggil saudara mara dia berlakon sekali. Habis cerita. 
 

No comments:

Post a Comment