Monday 20 February 2012

Selamat Bertunang Misha & Firos




Di sebalik gosip yang pernah mengaitkan dirinya sudah berkahwin, Misha Omar akhirnya membuka cerita baru apabila kisah pertunangannya mula diperkatakan sejak Ahad lalu apabila akhbar B*Pop, Berita Minggu dan Kosmo Ahad dengan juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan. 

Jejaka bertuah yang berjaya memikat hati Misha ialah lelaki yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini iaitu Firos Ezzwan Rossly. Misha dan Feros pernah bercinta, namun takdir memisahkan mereka buat seketika. Masing-masing menurut pemahaman KepakMerah pernah mencari pengganti. 

Misha sendiri hampir mahu bernikah dengan lelaki lain sebelum ini tetapi takdir kuat menyatukan mereka kembali. Bagaimanapun Misha enggan berkongsi tarikh sebenar hari pertunangannya atas permintaan kedua-dua keluarga. 

Tapi KepakMerah dapat tahu, Misha dan Firos sudah pun bertunang di kampung halamannya di Kelantan. Apa-apapun, selamat bertunang buat Misha dan Firos.
KM: Betulke katanya Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad memilih untuk tidak muncul berdua lagi di khalayak umum

No comments:

Post a Comment