Friday 24 February 2012

Mampukah Patah Seribu pintas rating Biar Mimpi Sampai Ke Bulan

Tadi malam KepakMerah sempat menonton telefilem Patah Seribu arahan Michael Ang yang dilakonkan Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah di Astro Ria. Tapi KepakMerah tak sempat tengok daripada awal kerana sibuk dengan kerja lain. KepakMerah tengok lakonan Shila Amzah masih boleh diperbaiki. Sharnaaz pula KepakMerah tengok makin kacak selepas susut badan. KepakMerah tak nak komen bab lakonan. Apa kata peminat yang sudah menontonnya? Mampukah ia menandingi atau setara dengan telefilem yang disifatkan mendapat rating paling tertinggi dalam sejarah penerbitan di Astro iaitu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang hampir 1.1 juta penonton. Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dilakonkan elfira Loy dan Randy Pangalila. Apapun KepakMerah layan juga cerita arahan Michael Ang di bawah syarikat miliknya, Cube Film.




 KM: mesti Ana Raffali dan Naim pula yang berdebar nak nikah Sabtu ni. Lisa Surihani dan Yusry dah lepas.

No comments:

Post a Comment