Wednesday 29 February 2012

Hos baru Jalan Jalan Cari Makan


Iqbal dan anak angkatnya


Shiha mentor



Khabarnya program Jalan Jalan Cari Makan yang disiarkan di TV3 setiap Ahad jam 12 tengah hari akan menampilkan hos baru iaitu Iqbal  yang juara program realiti Pilih Kasih musim pertama. Dia akan digandingkan dengan Shiha Mentor.
   Ia dalam proses rakaman dan  akan dapat ditonton pada masa terdekat ini.  Nampaknya selepas ini Iqbal kena bertambah rajin ke jim, kalau tak tentu badannya montel kerana setiap minggu makan aje kerjanya.
  Kalau sebelum ini Iqbal mengeluh juga kerana kurang tawaran berlakon tetapi sekarang bakat nya semakin bersinar-sinar. Ini mungkin berkat kesabaran Iqbal. Dia juga baru jadi bapa segera selepas mengambil seorang bayi lelaki sebagai  anak angkatnya. Kalau tak salah KepakMerah, dia namakan anaknya itu Adam.

KM: Seronok rakan artis berjaya dan pandai jaga diri.
   

No comments:

Post a Comment