Friday 24 February 2012

Apakah populariti Lisa Surihani akan goyah selepas kahwin?

Nama Lisa Surihani pernah memuncak beberapa tahun kebelakangan lalu dan bakatnya juga mula diiktitaf oleh beberapa anugerah berprestij. KepakMerah dengar ada yang sudah meramal bahawa populariti Malaysian Sweetheart dan primadona alaf baru itu sudah suam-suam kuku. Malah lebih teruk ada yang melihat pernikahannya dengan Yusry juga sebagai isyarat popularitinya akan terus goyah. Tapi KepakMerah percaya rezeki semua di tangan Tuhan dan tak kiralah sudah berstatus kahwin atau sebaliknya. Lihat saja Ziana Zain, Didie Alias, Erra Fazira, Beto Kusyairy, Awie dan ramai lagilah masih in walaupun dah kahwin. Kepada Lisa jangan fikir bukan-bukan pula. KepakMerah sentiasa memberi sokongan kepada artis tanah air. Filem Lisa pun ada beberapa buah lagi termasuk Istanbul Aku Datang, Lagenda Budak Setan 2 dan Ular.

gambar pernikahan lisa surihani dan yusry

gambar pernikahan lisa surihani dan yusry

picture: beautifulnara.com

 KM: Semoga perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry kekal sampai ke akhir hayat

No comments:

Post a Comment