Saturday 18 February 2012

Produser bengang

Dek kerana tak tahan dengan sikap,perangai mental dan kurang ajar si pelakon ini, produser drama ini  punyalah sakit hati dan sakit kepala dengannya sampaikan pada satu tahap produser itu mahu berhentikan saja penggambaran drama terbitan syarikatnya.
   KepakMerah yang mendengar sendiri keluhan produser pun tak tahu nak ceritakan macam apa perangai pelakon ini. Nak katakan macam perangai haiwan kasar sangat bunyinya tetapi lebih kurang begitulah.
   Kalau penggambaran itu bajetnya seringgit dua, memang confirm produser itu akan cari pelakon lain dan buat penggambaran semula, Ini disebabkan sudah keluar kos berpuluh ribu ringgit terpaksalah produser itu teruskan juga penggambaran drama itu sampai siap.
  Berendam air mata produser itu ingatkan perangai pelakon itu dan dia sumpah tak akan ambil pelakon itu berlakon lagi.

KM: Kesal dengan sikap pelakon senior ini, baru kaya sedikit dah lupa diri.

No comments:

Post a Comment