Wednesday 22 February 2012

Nora Danish tak lupa tanggung jawab sebagai ibu dan bapa kepada Rayqal



SERONOK KepakMerah tengok rezeki pelakon comel Nora Danish yang semakin murah kebelakangan ini. Daripada satu set ke satu set lokasi penggambaranlah ibaratnya. Sampai sempat ke Paris lagi untuk menjalani penggambaran drama Ariana Mikhail yang sedang hangat disiarkan di TV9 berdampingan dengan Sein. Sekarang ini Nora sibuk pula melunaskan baki penggambaran filem Aku Terima Nikahnya arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures di sisi Adi Putra. Nora dan Adi sebelum ini pernah hangat dalam drama Tentang Dhia di TV3. Kelas gitu. Namun apa yang pasti, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu tak akan lupa tanggung jawabnya sebagai ibu dan bapa kepada

Putra Rayqal Ramli Rizal Ashraf atau lebih mesra dengan nama Qaqal. Selepas selesai sesebuah penggambaran, Nora akan pastikan untuk luangkan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk bersama arjuna hatinya yang semakin comel itu selain pergi bercuti. Syukurlah, KepakMerah suka dengan sikap Nora.
 
KM: Sah bukan Wan daripada kumpulan Shades yang dituduh sebagai artis hip hop yang merogol anak tirinya. Kasihan tak semena-mena nama Wan naik gara-gara cerita berkenaan. Tahu siapa artis hip hop yang dimaksudkan itu.

No comments:

Post a Comment