Tuesday 28 February 2012

Haiza lancar single Semalam







Haiza lancar single baru berjudul Semalam


Selamatlah sudah pelancaran lagu single Haiza yang terbaru berjudul 'Semalam' yang berentak pop. Pelancaran itu diadakan di Red Box, Sogo dengan turut dihadiri peminatnya.

Dengann terhasilnya single itu, tidak bermakna dia melupakan irama dangdut yang selama ini menjadi darah dagingnya. Anak kelahiran Benut, Pontian,Johor itu beritahu KepakMerah yang jiwanya begitu kuat mencintai irama dangdut tetapi masalahnya jika dia menghasilkan lagu dangdut, susah nak diputarkan di stesen radio.

Katanya lagi dia hasilkan lagu Semalam bukan untuk menyaingi sesiapa tetapi sekadar untuk mewarnakan industri.

'Semalam' adalah ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu. Album mini terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu Marilah Padaku ciptaan Audi Mok dan Omar K. Bagi yang ingin mendapatkan album single Semalam boleh melayari Facebook milik Haiza iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi.


Demi meneruskan kelangsungannya dalam bidang seni, dia sanggup keluarkan bajet sendiri. Berpuluh ribu jugalah dia berhabis untuk dua lagunya itu kerana semuanya menggunakan duit sendiri.

Semalam juga dia melancarkan klip video lagu Semalam tetapi KepakMerah difahamkan yang Haiza macam tak berapa berkenan dengan pembikinannya. Nantilah KepakMerah selongkar apa yang ada dalam hati Haiza itu.


KM: Artis lama berjaya kerana komitmen dan keikhlasan hati mereka dalam berkarya.

No comments:

Post a Comment