Friday 24 February 2012

Zainal Abidin terbit album baru





Orang lama tetap  berbisa. Mendengarkan suara Zainal Abidin, rasa tak percaya umurnya sudah 53 tahun. Suaranya masih macho seperti zaman mudanya, Orang dulu pandai jaga badan.
   KepakMerah dapat tahu yang dia akan menghasilkan lagu yang bermesejkan kehidupan dalam album terbarunya yang berjudul, Kompas.
   Menurut Zainal, dia dalam perancangan menyiapkan album baru dan dijangka dilancarkan dalam April atau Mei  nanti. Zainal sendiri bertindak selaku penerbit .
   “Buat masa ini, saya masih dalam proses memilih 12 lagu terbaik untuk disenaraikan dalam album itu. Ajai dan M.Nasir turut menyumbangkan lagu mereka bagi album ini.
“Pada masa sama, saya bercadang membuat jelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan album Kompas termasuk di Sarawak.”  katanya.
 ‘Kompas’ yang merupakan tajuk album tersebut  bermaksud  memiliki mesej peredaran zaman dan hala tuju kehidupan. Menurut Zainal , dia amat menyukai lagu dan lirik hasil ciptaan Ajai , iaitu Kamu dan Tercipta Untuk Mu.  
  Kamu dikatakan mampu menarik perhatian pendengar kerana sentuhan muziknya yang menusuk kalbu.. Persoalan yang cukup nyata ialah adakah album terbaru nanti masih mengekalkan konsep world music yang banyak menaikkan namanya dengan deretan -lagu popular bersama nukilan lirik yang puitis berkaitan flora dan fauna serta kegelojohan manusia terhadap alam sekitar , Hinggakan dia dipilih sebagai penyanyi dalam soundtrack filem animasi Tarzan versi Bahasa Melayu . Sama-sama kita nantikan album terbaru beliau nanti

KM: Lagu Suraya terus diminati sehingga kini.

No comments:

Post a Comment