Thursday 23 February 2012

Hukum Mandi Bunga


KepakMerah rasa ramai diantara kita masih keliru tentang isu 'mandi bunga' bila dikaitkan dengan ajaran Islam. Adakah ia dibolehkan? adakah ia Harus atau perbuatan sebegini boleh mensyirikkan????

Setahu KepakMerah pasal mandi bunga ni hanyalah satu perbuatan atau acara yang dianjurkan oleh masyarakat melayu terdahulu, samada untuk mencari jodoh atau pun membuang sial/nasib malang atau lebih tepat jika diamalkan oleh mereka yang akan ke jinjang pelamin adalah untuk menaikkan SERI si pengantin...... hhhhmmmmmm benarkah dengan mandi bunga, semua persoalan diatas akan terjawab???


KepakMerah pun bukannya ahli agama yang arif untuk menjawab persoalan ini. Cuma bila melihat kepada perlakuan upacara mandi bunga ni, ia menimbulkan persoalan yang besar disudut pandangan Islam. Manalah tau.. kot-kot ada sedara mara kita dok leka mandi bunga.... sedangkan hakikatnya ia membawa kepada perbuatan syirik.... iishkkk takut juga KepakMerah.

Sehubungan itu, KepakMerah cuba buat carian di google. Ada beberapa artikel tentang mandi bunga. Diharap pembaca dapat membaca dan memahaminya..... Jika berasa masih ragu-ragu, eloklah kita soal kepada yang arif tentang hukum hakam Islam seperti Ulama, Imam, Ustaz/Ustazah.

KM: mandi air paip jer.... kekadang air terjun... seeejukkkk.


Sepertimana yang kita ketahui, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT. 

Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan. 

Betulkah di dalam perubatan Islam itu terdapat mandi bunga? apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini? Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibubapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka? 
  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak di iktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. 
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda. 
  • Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan
  • Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut. 
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah. 


Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/06/hukum-mandi-bunga-untuk-mendapat-jodoh.html#ixzz1nBFXitSH

No comments:

Post a Comment