Sunday 19 February 2012

Aznil Nawawi hos Mania



Sah daripada sumber yang diperoleh, Aznil Nawawi bakal mengacarakan program realiti terbaru, Mania di Astro tahun ini. Sidang media mengumumkan program membabitkan persaingan artis tempatan sedia ada itu akan diumumkan petang esok di Publika, Solaris Dutamas.

Selamat berjaya buat calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 itu. Artis yang terbabit pula antaranya seperti Shahir, Hafiz, Adira, Alyah dan Jaclyn Victor. Konsep pertandingan sebegitu sebenarnya sudah pernah wujud contohnya seperti One In A Million dan Ikon.

Difahamkan ada 12 peserta yang bakal berentap dalam Mania. Yuna juga antara artis yang didekati untuk turut serta namun komitmennya di Amerika Syarikat lebih dulu diutamakan.

No comments:

Post a Comment