Sunday 19 February 2012

Neelofa dan Hans makin intim



Tahniah kalau betul apa yang KepakMerah dengar mengenai kissh terbaru membabitkan pelakon sensasi, Neelofa dan Hans Isaac yang dikatakan dalam hati ada taman. Tetapi daripada apa yang dirisik pasangan ini sebenarnya sedang hangat bercinta.

Kalau betul pun apa salahnya sebab masing-masing solo dan pernah melalui fasa percintaan sebelum ini. Sewaktu berlangsungnya pementasan komedi terhangat di Istana Budaya iaitu Lawak Ke, Der baru-baru ini kelibat pengacara Nona di TV3 itu sentiasa kelihatan di sisi Hans Isaac.

Malah suara Neelofa turut digunakan pada babak awal pementasan berkenaan. KepakMerah tunggu Neelofa berlakon teater dengan syarikat produksi Tall Order Productions milik Hans pula selepas ini. Untuk filem Neelofa sudah pun berlakon di sisi Hans dalam filem Kampung Lemak Santan. KM: tunggu perkhabaran terbaru hari bahagia fasha sandha dan jejai

No comments:

Post a Comment