Saturday 25 February 2012

Gambar sekitar majlis tahlil sempena 20 tahun pemergian Sudirman

Sempena mengenang 20 tahun pemergian Allahyarham Sudirman, sebuah majlis tahlil telah dianjurkan oleh Puan Habsah Hassan dan Kelab Peminat Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, pada petang tadi di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail.

Majlis ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Warner Chappell, Den Wahab, Restoran Puteri dan Astro Shaw Sdn. Bhd. Ia juga bersempena dengan penghasilan filem muzikal Astro Shaw araham Saw Teong Hin berjudul Hoore! Hoore! yang turut mengabadikan lagu dendangan Allahyarham sebagai lagu latar.

Pelakon yang terbabit dalam filem ini ialah Aznil Nawawi, Kilafairy, Akim, Farah Nazirah, Adibah Noor dan ramai lagi.

Antara lagu yang terpilih dendangan Allahyarham ialah Bercanda Di Pasiran Pantai, Basikal Tua, Salam Terakhir, Terasing, Pelangi Petang dan banyak lagi.

Pengambaran filem ini dibikin tahun lalu dan tarikh tayangannya di jangka pada tahun ini.

KepakMerah nak kongsikan di sini antara gambar-gambar sekitar majlis tersebut buat tatapan semua.






No comments:

Post a Comment