Tuesday 21 February 2012

Allahyarham Datuk Sudirman Arshad terus dikenang


22 Februari ini genap 20 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad ke rahmatullah. Seperti lazimnya akan diadakan pelbagai acara dalam usaha mengenang lagenda yangs satu ini. 


RTM sebagai contohnya akan mengadakan Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari ini di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri, KL. Konsert secara langsung bermula jam 9 malam itu menampilkan artis terkenal tanah air antaranya seperti Datuk Sharifah Aini, Adibah Nor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Alyah dan Black. 

Selain itu, Habsah Hassan dan Kelab Peminat Sudirman Haji Arshad turut akan mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham pada 25 Februari ini jam 3 petang di Restoran Puteri TTDI, Lot 3075, Jalan Datuk Sulaiman, 60000 Sungai Penchala. Alhamdulillah, semoga usaha ini akan diberkati dan dipermudahkan.

KM: Lagu dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad terus jadi malar segar, tak pernah jemu mendengarnya.
 

No comments:

Post a Comment