Wednesday 22 February 2012

Artis legenda bersatu di pentas





Zainal anjur konsert legenda


Di pagi yang hening ini KepakMerah teringat kata-kata Zainal Abidin, artis yang layak dipanggil legenda, mereka yang sudah lebih 30 tahun membabitkan diri dalam bidang seni.
  Mereka bukan setakat 'menjual suara' tetapi mereka juga mesti aktif membuat kerja kebajikan kepada peminat yang menyokong selama ini.
   KepakMerah setuju dengan pendapat Zainal, kerana KepakMerah tengok artis ini memang tersangatlah popular tetapi asyik kira wang ringgit aje. Kalau bayaran ciput, lupakan saja untuk menjemput artis ini ke pentas.
  Artis macam itu walaupun dah lama menyanyi tetapi belum layak dipanggil legenda. Siapakah artis itu...biarlah rahsia.
   Zainal menerusi syarikatnya menganjurkan konsert Legenda yang menampilkan Datuk Sheila Majid, Jamal Abdillah, Amy Search dan dia sendiri pada Mei ini. Konsert itu akan diadakan di lima lokasi. Cepat dapatkan tiket kerana KepakMerah dapat tahu, tiket dah hampir sold out.

KM: Menitik air mana dengar lagu Seniman Menangis, nyanyian Jamal Abdillah.

No comments:

Post a Comment