Friday 24 February 2012

Nora Danish, Adi Putra dan IM Hizbur duta Umrah


Nora Danish, Adi Putra dan Hizbur Rahman duta pakej umrah dan pelancongan Islam
KepakMerah diberitahu tiga selebriti tempatan iaitu Nora Danish, Adi Putra dan Naib Juara Imam Muda 2010, Hizbur Rahman sudah dilantik sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn Bhd (This) anak syarikat Triways Travel Network (M) Sdn Bhd (TTN). Pemilihan mereka yang cukup dekat dengan peminat sebagai usaha memperkenalkan pakej pelancongan Islam dan pakej umrah kepada orang ramai termasuk golongan muda. 

Nora dan Adi akan mengerjakan umrah pada 28 April depan menaiki Malaysia Airlines untuk tempoh 11 hari 9 malam. Harga sekepala kepada yang berminat ditetapkan pada RM6,000.
KepakMerah tumpang gembira sebab dalam kesibukan anak seni kita, mereka tak lupa akan tanggungjawab terhadap agama.




KM : terasa rindu nak jejakkan kaki kesana..... Al - Haram.

No comments:

Post a Comment