Showing posts with label zikir. Show all posts
Showing posts with label zikir. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Fitri Haris buat album zikir



Sedap pula dengar zikir terapi munajat dendangan Fitri Haris. Kalau nak tahu, Fitri ni dulu salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC...... rupanya sekarang dia dah bergerak secara solo. Maknanya, dia pun ikut jejak langkah Hafiz Hamidun.

Patutlah diawal video preview ni ada tulis nama syarikat milik Hafiz Hamidun. Apa pun KepakMerah yakin mereka mampu untuk meneruskan dakwah dengan cara mereka sendiri.

KM : suka layan zikir ni... tenang jer rasa.... lagu yang last tu selalu dengar kt HotFm.. rupanya lagu fitri. bagusssssss.....

iklan yg real... funny - pecah perut



Adooiii... pecah perut KepakMerah tengok video iklan yang dibuat untuk promosi album Zikir Terapi Munajat daripada Fitri Haris. Sekadar hiburan ringan, yang penting niat mereka nak jual cd zikir by Fitri Haris.

KepakMerah suka tengok iklan nih.

KM: macam-macam cara promosi boleh dibuat... berani atau tidak....

Tuesday, 28 February 2012

Kumpulan nasyid terkilan. Kenapa???

Kumpulan nasyid ini mengeluh kerana syarikat penerbitan yang mereka amanahkan untuk mempromosikan album mereka tidak begitu menjalankan tanggungjawab mereka. Sayanglah kalau produk yang bagus tidak dipromosikan kerana peminat dan pendengar tak tahu yang mereka sudah ada produk baru. KepakMerah dah dengar  album zikir yang mereka hasilkan, memang bagus.

Selepas dirisik rupanya syarikat penerbitan itu milik satu lagi kumpulan nasyid. Jadi dalam hal ini ada 'conflict of interest'. Walaupun dua kumpulan nasyid itu berkawan baik tetapi mereka juga manusia biasa. Rasa iri dan kurang senang dalam hati mesti ada. Tapi kalau boleh, hindarilah sikap sebegitu. Mereka semua tahu hal-hal agama dan sering mejadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Macam mana mereka nak mempromosikan album kumpulan nasyid itu bersungguh-sungguh kerana ia nanti seolah-olah menutup periuk nasi mereka sendiri. KepakMerah dengar mereka kini bercadang mahu mempromosi album itu sendiri. Puas hati!

KM: Sama ada Tok Lebai atau Tok Haji, kita semua manusia biasa.