Thursday 23 February 2012

AL FATIHAH - Adik Faris

Mengalir airmata KepakMerah bila membaca entry daripada sahabat blogger Mazidul. Al Fatihah buat adik Faris yang telah kembali kerahmatullah pagi tadi. Mazidul Akma, izinkan KepakMerah berkongsi coretan anda di sini.

Untuk tatapan dan bacaan :


AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA

Faris Nur Daniel meninggal dunia selepas 22 minit saya menulis entri ini.

"Engkau hendak pergi ke hospital?," soal rakan saya Mossen Mohamad melalui telefon.

Bak orang mengantuk disorong bantal, saya menerima pelawaan itu. Jam 11.33 kami berdua menuju ke Sime Darby Medical Center, Subang Jaya, Selangor.


Untuk rekod, saya, Mossen dan ayah arwah Faris, Shamrulismawi Ismail pernah menuntut di kelas sama sewaktu di institusi pengajian tinggi.

Jam 11.40 pagi tadi, kami tiba di Unit Neonatal Intensive Care Unit. sebilangan sanak saudara terdekat Sham dan isteri, Zuraine Mohamad sudah berada di lokasi sama.


Saya dan Mossen kemudian bertemu Sham untuk mengucapkan takziah. Ketabahan tergambar jelas di wajahnya.

"Dua puluh tiga hari Sham?," soal saya.

"Dua puluh tiga hari aku tidur di luar unit itu," balas Sham.


Beberapa minit kemudian saya melangkah masuk ke bilik jenazah ditempatkan. 


Lebih 2 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi tadi.


Selepas menerima berita Faris berada dalam keadaan kritikal, saya menghantarkan pesanan ringkas kepada Sham.

'Ayah dan ibu tolong reda dan relakan sepenuhnya jika Faris harus pergi'

Ketika Sham dan keluarga menguruskan proses penghantaran jenazah ke rumah, saya sempat menghampiri Zuraine duduk di atas katil.

"Takziah. Kita semua tidak mahu melihat dia terseksa," hanya kenyataan itu terpancul dari bibir saya. 

Airmata kelihatan tidak berhenti mengalir di pipinya.

"Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," jelas Zuraine. 


Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu mengetahui sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.


Tepat jam 12.26 tengahari tadi, jenazah Faris dibawa keluar untuk dihantar ke rumah keluarganya.


Jenazah kini berada di 1/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini.

3 comments:

  1. Al-Fatihah...Takziah, semoga tabah dengan ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.. pada NYA kita datang.. padaNYA kita kembali.. syg.. d dunia kamu derita.. di sana... syurga tempat mu :)

    ReplyDelete