Sunday 4 March 2012

Tiada Lagi Cuci Selepas Ini

JELAS sekali francais Cuci yang diperkenalkan syarikat milik Hans Isaac, Tall Order Productions Sdn Bhd bakal menyaksikan pementasan teater muzikal Cuci The Last Kopek menjadi siri terakhir. Bererti tiada lagi apa saja terma Cuci termasuk daripada segi filem atau teater selepas ini.

Hal itu diakui sendiri ketika berlangsungnya pementasan pertama teater berkenaan 2 Mac lalu yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya. Kalau sudah menonton dua teater yang sama sebelum ini, jadi jangan ketinggalan untuk memastikan rekod menonton siri terakhir ini yang akan berakhir pada 18 Mac ini. Hans, Awie, Nabil, Afdlin Shauki, Vanida Imrah masih menjadi tunggak lama yang masih bertahan untuk Cuci The Musical Last Kopek.

Tiga pelakon yang diperkenalkan untuk siri terbaru ini iaitu Dina Nadzir, Douglas Lim dan Harun Salim Bachik juga mampu memberi kelainan tersendiri. Dina sebelum ini pernah membintangi teater muzikal Dreams Girls. Tiket menonton teater arahan Harith Iskander ini dijual pada harga RM53, RM123, RM163, RM183, RM203 dan RM303 di laman sesawang www.ticket2u.biz. Pasti anda tidak kering gusi menonton teater ini.

KM: Tumpang seronok dengan kemesraan Hans Isaac dan Neelofa

No comments:

Post a Comment