Sunday 4 March 2012

Menhajj lanjutkan perjuangan berdakwah melalui nasyid




Pada 24 Februari lalu, kumpulan naysid Menhajj selamat melancarkan album sulung mereka yang berjudul – Sentiasa Bersamamu di Auditorium Utama, Kampus Induk, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) .

Majlis pelancaran dirasmi dan disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI iaitu Prof. Dr. Zakaria Kasa. Menhajj adalah kumpulan nasyid yang diasaskan oleh bekas mahasiswa UPSI iaitu Mohd Ridzuan Md Nasir.. Dia juga adalah vokalis utama kumpulan itu .Anggota lain, Mohd Syafiq Zakaria – Vokal kedua, Mohd Fahmi Fadzil , Mohd Khairuddin Hamzah,Rosman, Mohd Ridzuan Hashim dan Mohd Faris Husna.

Mereka semua masih belajar di UPSI. Album itu memuatkan lima lagu, Muhammad Kekasih Allah, Ya Nabi Salam ‘alaika, Baligh Salami (Sampaikan Salamku), Ikrar Cinta dan Sentiasa Bersamamu. Selain itu album ini juga dihiasi dengan alunan penyejuk jiwa iaitu Marhaban, Selawat, Berzanji dan bacaan al-Quran. Album Menhajj diterbitkan dengan kerjasama Pusat Islam UPSI. Bercerita tentang keistimewaan Menhajj, kumpulan nasyid ini adalah sebuah kumpulan nasyid yang membawa konsep nasyid itu kepada pengertiannya yang asal.

Walaupun menerapkan pelbagai elemen dan genre dalam lagu-lagunya, Menhajj mencuba dengan sedaya upaya untuk mengekalkan keaslian nasyid dalam pembawaannya di dalam lagu. Selain menyampaikan dakwah melalui nasyid, Menhajj juga menyampaikan dakwah melalui pendidikan.

Dengan menggunakan konsep edutainment (education and entertainmnet) iaitu Mendidik sambil Berhibur, Menhajj juga yang merupakan bakal pendidik, cuba untuk memberi pendidikan yang bukan sekadar berteraskan akademik semata-mata, tetapi pendidikan yang menitikberatkan tentang pembinaan akhlak yang terpuji dengan diselangi lagu-lagu nasyid yang mendidk jiwa.

Pengalaman dalam menguruskan program-program motivasi memberi beberapa kelebihan kepada Menhajj dalam menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat. Untuk mendapatkan album ini, ia boleh dibeli melalui tempahan di laman facebook Menhajj.

Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan ini atau untuk sebarang jemputan persembahan dan motivasi, Menhajj boleh dihubungi di www.facebook/MENHAJJ, atau talian 013-5029100 (ridzuan). 

KM: Insaf dengan kebesaran Allah.

No comments:

Post a Comment