Thursday 8 March 2012

Haiza tak puas hati

 



 Haiza makin cantik





 Suhaimi Lua



Kerana tak puas hati dengan pembikinan klip video Semalam, ada khabar angin kononnya hubungan penyanyi lagu itu, Haiza dengan pengarah klip vido tersebut, Suhaimi Lua tidak lagi semesra dulu.
   Mereka cuba mempertahankan pendapat masing-masing. Suhaimi pula menegaskan apa yang dia buat adalah berpatutan dengan harga yang dibayar oleh Haiza iaitu sebanyak RM3,000.
   Dengan harga sebesar itu, kata Suhaimi sepatutnya Haiza tidak boleh mengharapkan pembikinan klip video sama dengan nilaian harga puluhan atau ratusan ribu ringgit.
   Tetapi sekiranya Haiza tidak puas hati dengan kerjanya itu, Suhaimi tak boleh kata apa. Apa yang dilakukan oleh Suhaimi untuk membantu penyanyi seperti Haiza yang juga rakan karibnya yang terpaksa mengeluarkan semua bajet merakamkan dua lagu singlenya sendiri.
   Ketika pelancaran single Semalam dan klip video lagu itu, khabarnya Haiza hanya menjemput Suhaimi pada saat akhir dan kebetulan Suhaimi ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Suhaimi kata, kalau Haiza menjemputnya lebih awal, pasti dia akan datang.
   KepakMerah perhatikan sejak Haiza bergigi baru, penampilan dan wajahnya banyak berubah. Ada rahsia lain ke?
   

KM: Janganlah bergaduh, esok lupa akan jumpa juga. Tetapi ada sesetengah orang yang asyik melakukan kesalahan berulang kali. Siapa yang tahan.

No comments:

Post a Comment