Wednesday 7 March 2012

Mana filem Sepah The Movie?









Aksi Sepah dalam filem Sepah The Movie


Penggambaran filem Sepah The Movie dah lama siap tetapi KepakMerah tak dengar khabar berita bila filem itu akan ditayangkan.
   Biasanya kalau selepas penggambaran sesebuah filem itu selesai, akan dibuat sedikit majlis doa selamat dan sebagainya. KepakMerah dengar, produser filem itu berkobar-kobar nak keluarkan tiga empat filem setahun dan ada juga perancangan untuk buat filem usaha dengan syarikat perfileman Indonesia.
  Akhirnya dalam penantian untuk mendengar perkembangan terbaru filem Sepah, KepakMerah dapat tahu apa yang berlaku di sebalik tabir pembikinan filem itu. Semua bajet di potong sehingga jadi ciput termasuklah gaji pengarah filem itu.
  Ia kerana angkara ada kru yang kaki bodek sehingga produser termakan hasutannya. Semua kru lama berhenti kerja kerana dah tahan dengan perangai kaki bodek itu. Tuan produser dah macam tak ada kuasa.
   Macam manalah nak maju kalau banyak sangat 'racun' dalam produksi itu. Dengan pelbagai perkara yang berlaku, KepakMerah tak tahulah apa yang akan terjadi pada filem itu.
   Masa buat filem itu, Sepah tengah 'panas' sekarang Sepah pun dah suam-suam kuku. Kalau lagi lama, filem itu pun akan jadi suam-suam kuku juga.
 

KM: Ramai produser 'segera', lepas buat satu filem hilang terus dari industri. Kalau dah banyak sangat hal terjadi, sudahnya filem Sepah The Movie jadi simpanan peribadi saja.

No comments:

Post a Comment