Friday 9 March 2012

Benarkah April bulan bahagia Fasha dan Jejai?

 






AKHIRNYA Fasha Sandha bersuara menerangkan mengenai hari bahagianya seperti yang KepakMerah baca dalam portal hiburan popular, MStar Online. Bagaimanapun Fasha masih merahsiakan tarikh sebenar. Sebelum ini sisipan Berita Harian, Hip ada melaporkan menurut sumber yang boleh dipercayai, Fasha dan bakal suaminya, Jejai akan melangsungkan perkahwinan di Bali, Indonesia, pada 29 April ini. Sebelum itu pun sudah kecoh mengenai pelbagai cerita terbaru mengenai persiapan perkahwinan mereka termasuk gambar  menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet. 

Cerita Fasha dan Jejai ke butik Rizman Ruzaini di alamat No 85-2, Jalan Dwi Tasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, KL juga pernah disiarkan oleh KepakMerah sebelum ini. Bererti Fasha akan sibuk membuat dua persiapan baju. Satu untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan satu lagi untuk hari bahagianya. 

Selain Rizman Ruzaini, jurusolek popular, Tiar Zainal juga dikatakan akan menata rias wajah jelita Fasha kelak. Berbalik kepada perancangan hari bahagia Fasha tadi seperti yang tertulis dalam Mstar Online, pelakon jelita itu akan bernikah di rumah barunya yang dibelikan Jejai di Ampang sekali gus diadakan majlis resepsi pertama. Dua lagi majlis akan diadakan diadakan di Perlis dan satu lagi di sebuah destinasi lain. Barangkali destinasi lain yang dimaksudkan Fasha itu merujuk kepada Bali kot. Katanya lagi, tiada sebarang sidang akhbar juga tidak akan diadakan untuk menghebahkan mengenai perkahwinan mereka demi menghormati permintaan Jejai. Selamat berbahagia buat Fasha dan Jejai.
 

KM: Nora Danish bila pula nak kahwin?

No comments:

Post a Comment