Sunday 4 March 2012

Mampukah Bunohan Laris Di Pawagam?





MASIH terlalu awal untuk menilai sama ada filem Bunohan yang menjadi bualan saat ini mendapat perhatian penggemar seni atau dalam erti kata lain mendapat kutipan pecah panggung. Ini kerana filem ini hanya akan ditayangkan mulai 8 Mac ini.

Daripada maklum balas media dan individu yang berpeluang ke pra tonton filem arahan Dain Said pada 29 Februari lalu, lebih banyak yang memuji daripada mencaci. Itu petanda positif buat filem yang mulai mencipta fenomena tersendiri selain mendapat trending yang cukup hebat di Twitter.

Persoalannya mampukah karya yang dianggap berat ini dapat menarik penonton ke panggung? Apapun sukses buat Dain, tenaga kerja dan pelakon yang terbabit secara langsung atau tidak dalam memastikan filem ini menjadi realiti.

Mampukah orang Malaysia menghargai filem sebegini? Di luar negara Bunohan pernah dijemput mengisi tayangan perdana antarabangsa ketika Festival Filem Antarabangsa Toronto berlangsung September lalu. Diikuti Oktober 2011, filem ini diangkat sebagai penerima Anugerah Netpac (Rangkaian Promosi Filem Asia) di Festival Filem Taipei Golden Horse.

Selain itu, ia turut menerima kontrak pengedaran di bawah syarikat pengedaran antarabangsa, Universal Pictures dan terkini terbaru Bunohan diberi sanjungan pula tayangan perdana di Eropah sempena Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berlangsung Januari lalu. Untuk berita lanjut boleh membaca akhbar Kosmo Ahad hari ini. Bunohan dibarisi pelakon hebat seperti Faizal Hussien, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Namron, Shoffi Jikan serta Wan Hanafi Su.

KM: Supermodel Malaysia, Tengku Azura pun berlakon Bunohan...kelas...

No comments:

Post a Comment