Thursday 8 March 2012

7 Petala Cinta di Pawagam 15 Mac 2012

Filem 7 Petala Cinta teritan MIG akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 15 Mac ini. Filem dilakonkan oleh Fizo Omar, Ariel Zafriel, Puteri Mardiana, Shima Anuar dan Diana Amir.
  KepakMerah dah tengok trailer filem ini ia ada iras filem Islamik Indonesia yang mendapat sambutan hebat tiga empat tahun lalu iaitu Ayat Ayat Cinta. 
  Melihat jalan ceritanya yang menarik, KepakMerah yakin filem ini akan mendapat sambutan yang baik.

Sinopsis Filem 7 Petala Cinta

7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.


Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak. 

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.








No comments:

Post a Comment