Friday 2 March 2012

Projek Pop bakal gegarkan 8TV

 IT’S GONNA  BE A LIL’ OUTRAGEOUS, AS IT GETS A LIL’ BIT CONTAGIOUS
WITH



Cristina.jpg Iedil.jpg projekpop group pix 2.JPG


Selepas drama bersiri popular Ghost dan KAMI, saluran hip 8TV kembali menghidangkan sebuah lagi drama bersiri terbaru Projek Pop. Projek Pop lengkap dengan jalan cerita menarik yang menggabungan elemen drama, skandal tanpa melupakan elemen hiburan. Drama ini dijangka bakal mencetus fenomena baru  dalam industri hiburan Malaysia! 

Apa yang dapat anda gambarkan tentang suasana di sebuah konsert? Pastinya pengalaman yang menyeronokkan dan persembahan penuh tenaga! Namun pernahkah anda terfikir tenaga kerja yang bertungkus lumus memastikan sebuah konsert berlangsung dengan sempurna? Pihak penganjur, artis yang membuat persembahan dan koordinator konsert merupakan antara ‘orang kuat’ belakang tabir yang menjadi tunggak utama dalam keberkesanan sesuatu konsert. Projek Pop akan membawa anda mencungkil apa yang berlaku di belakang tabir dan membawa anda mengikuti perjalanan mereka yang bekerja keras untuk sebuah konsert besar. Josiah Hogan membawakan watak Kamil yang merupakan vokalis kumpulan Hot Snow. Namun beberapa tahun kebelakangan ini Hot Snow mengalami waktu sukar dalam kerjaya muzik mereka dan jejaka berusia 29 tahun ini cuba untuk mengembalikan populariti mereka. Kamil berusaha untuk membuat ‘comeback’ dan bersedia untuk bekerja keras bagi merealisasikan impian beliau.

Setelah dipecat oleh Kamil, Amad lakonan Iedil Putra yang merupakan bekas Pengurus Kumpulan Hot Snow telah dilamar oleh band popular Hujan untuk menguruskan kerjaya seni mereka. Namun konflik melanda diri Amad kerana beliau dihantui peristiwa hitam yang melanda diri beliau sebelum ini. Adakah Amad akan tewas dalam perjuangan ini? Atau mungkin Amad punya strategi tersendiri untuk mengembalikan maruah beliau dan mungkin juga beliau berjaya memenangi hati Alis. Cristina Stockstill membawakan watak sebagai teman wanita Kamil bernama Alis. Hubungan cinta di antara Alis dan Kamil sentiasa dilanda masalah dan Alis sentiasa menjadi mangsa dalam perhubungan mereka namun situasi ini menjadikan Alis lebih kuat. Mungkin lamaran dari Kamil bakal mengubah segalanya? Atau mungkin, Alis berubah hati untuk jejaka yang lebih sensitif dan lebih menghargai beliau?

Menurut Akmal Danial Bin Mohamed Jaafar (Atomsk) dan Khairul Azri B. Mad Noor (Kroll Azry), Pengarah Projek Pop “Konsep sebegini belum pernah dibuat di mana-mana buah filem atau drama tempatan. Kami ingin berkongsi dengan penonton tentang apa yang terjadi di belakang tabir sebuah konsep dan memberi gambaran sebenar industri muzik tempatan.”

“Projek Pop sebenarnya merupakan konsert terbesar di Malaysia. Kami juga telah mencipta sebuah band yang digelar Hotsnow di mana di dalam drama ini, mereka merupakan band terhebat di Malaysia. Drama 10 episod ini akan menampilkan ramai selebriti popular serta band-band hebat sebagai ‘cameo’ yang akan menghiasi drama ini,” tambah mereka lagi.

Antara ‘cameo’ yang turut terlibat di dalam Projek Pop ialah Adibah Noor, Sharifah Amani, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Tania Hudson, Joe Flizzow, Altimet, Sona One, Monoloque, Reza Salleh, Liyana Fizi, Bittersweet, Kyoto Protocol, Pesawat dan ramai lagi. 

Sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan program ini, satu kempen #cassetteprojek telah dilancarkan pada 5 Februari lalu menerusi medium alternatif iaitu Facebook dan Twitter.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul, “Projek Pop merupakan drama hasil produksi tempatan yang pasti akan mencetus fenomena baru dalam industri hiburan Malaysia. Drama yang didatangkan dengan jalan cerita yang menarik ini pasti membuat anda ingin terus mengikuti episod demi episod perjalanan drama ini.”  

Tandakan kalendar anda kerana Projek Pop bakal membuka tirai pada 4 Mac ini jam 10.30 malam eksklusif di 8TV. Untuk mendapatkan info terkini tentang Projek Pop http://apps.8tv.com.my/projekpop/ .
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan kegemaran anda secara percuma hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawangwww.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv danwww.youtube.com/8tvaddicts

KM: Fenomena Kpop hebat melanda di seluruh dunia

No comments:

Post a Comment