Sunday 4 March 2012

Johan dan Nabila cuti bersama


 Johan dan Nabila Huda

KepakMerah tak tahu apa anggapan ramai bila dapat tahu pelakon lelaki yang tak habis-habis dengan kontroversi iaitu Johan A'sari khabarnya akan mengikut Nabila Huda dan keluarganya bercuti di luar negara tidak lama lagi.
  KepakMerah tak boleh nak meneka hubungan mereka macam mana tetapi kalau Johan panggil ibu tiri Nabila iaitu Norish, mummy, tentu mereka sudah tersangat rapat.
   Bukan senang nak panggil ibu orang lain mummy. KepakMerah pun tak kuasa nak panggil ibu orang lain dengan panggilan emak. Emak KepakMerah tetap yang satu.
   Biarlah KepakMerah berprasangka baik terhadap mereka, mungkin negara yang mereka ingin lawati itu, Johan belum pernah pergi lagi, jadi bila Nabila nak bercuti ke sana bersama keluarganya, dia pun ingin turut serta.
  Ke mana hala hubungan mereka, KepakMerah malas nak jadi tok nujum kerana hubungan cinta artis ini kadang kala  KepakMerah rasa macam orang main-main. Hari ni bercinta, esok putus, lusa dah berkepit dengan orang lain pula.
  Kalau nak diceritakan pasal pendidikan Johan, KepakMerah difahamkan yang dia pernah belajar agama sampai ke Indonesia dan sudah tentu dia amat mengetahui apa yang benar dan apa yang salah.
  Tetapi bila tiba bab perasaan, manusia mudah kalah. Tepuk dada, tanyalah iman. 


KM: Hanya ada seorang emak dan seorang kekasih.

No comments:

Post a Comment