Thursday 1 March 2012

sebab... Konsert Erykah Badu diBATALkan




APA nak buat, akhirnya konsert sulung Erykah Badu di Malaysia yang dijadualkan pada 29 Februari lalu dibatalkan gara-gara sikap tidak bertanggungjawab sebuah akhbar. Penyanyi Amerika Syarikat berusia 41 tahun itu turut meluahkan rasa kecewa dalam satu sidang media yang diadakan pihak penganjur konsert berkenaan baru-baru ini.

Erykah atau nama sebenarnya Erica Abi Wright akur dan menghormati budaya serta sensitiviti masyarakat tempatan khususnya umat Islam malah berharap dapat bertemu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bagi mendapatkan penjelasan. Erykah bagaimanapun enggan menyentuh 'isu agama' kerana tidak mahu disalah anggap sepanjang sidang media itu berjalan. Kata Erykah lagi, semua yang terjadi ada hikmah tersendiri namun tidak serik untuk kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminatnya di sini.

Bercakap lanjut tentang tatu kalimah Allah pada tubuhnya, Erykah menegaskan ia hanya lukisan sementara yang dilukis tahun lalu berilhamkan filem The Holly Mountain, diterbitkan pada 1973. Katanya, ia menganggap  tatu itu sebagai  kerja seni, malah tiada niat mahu menyinggung sesiapa. Tekannya lagi, cuma barangkali budaya antara Amerika dan tempat lain berbeza. 

Konsert Erykah dibatalkan apabila akhbar 'TerSebut', Isnin lalu menyiarkan gambar penyanyi itu bertatu kalimah Allah yang dikatakan melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana menyentuh sensitiviti agama.
KM: Tunggu konsert Datuk Siti Nurhaliza.... kasi gempak yer... 

No comments:

Post a Comment