Sunday 4 March 2012

Hot FM Big Jam Gegarkan Dataran Shahbandar Kuala Terengganu 10 Mac



Meniti 6 tahun di arus penyiaran radio pada 6 Febuari 2012, ternyata stesen radio pilihan utama bagi kategori 35 tahun ke bawah ini terus relevan dengan menyajikan pelbagai pengisian bersifat peribadi kepada pendengarnya. Terbaru, Hot FM Klate dan Hot FM T’Ganu di lancarkan pada 2 Januari lalu, sejajar dengan acuan khas khusus untuk pendengar di Pantai Timur. Satu produk yang telah menjadi buah mulut pencinta muzik tempatan kini kembali.

Hot FM BIG JAM, telah di angkat menjadi satu jenama yang sinonim setiap kali ulangtahun Hot FM. Konsert yang bertujuan untuk mengungkap rasa jutaan terima kasih kepada pendengar Hot FM atas sokongan mereka selama ini bakal di realisasikan pada 10 MAC 2012 bertempat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu. Kenapa Kuala Terengganu? Sebelum ini Hot FM BIG JAM telahpun melabuhkan jenama itu di Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009) dan Pulau Pinang (2010.

Pantai Timur merupakan satu-satunya kawasan yang belum di singgah oleh Hot FM BIG JAM. Malah, selari dengan usaha untuk mempromosikan Hot FM T’Ganu dan Hot FM Klate, Dataran Syahbandar yang terletak di Kuala Terengganu merupakan lokasi paling sesuai untuk menyambut ulang tahun ke enam Hot FM. Lantunan Vokal Hangat Oleh? Barisan artis muda, senior serta serantau kali ini di himpunkan bagi memenuhi citarasa setiap pendengar.

Bagi konsert bahagian pertama pada jam 4.30petang hingga 6.30petang, Hafiz AF, Alyah, Sofazr, Ally AXL’s, Zamani Slam, Amir Ukays dan Najwa Latif bakal menyerikan pentas Hot FM BIG. Kemunculan Spider dan Ella sudah pasti akan memanaskan konsert kedua yang bermula pada jam 8.45 malam. Apatah lagi dengan kehadiran band rock otai, XPDC dan vokal bertenaga Black, sudah pasti pengunjung tidak akan duduk diam.

Turut mengisi kekosongan artis serantau, Nidji dari Indonesia turut di undang untuk memeriahkan lagi konsert Hot FM BIG JAM nanti. Pastinya turut sama adalah barisan penyampai Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Usop, Leya, Kieran, Ikhwan, Suraya, Chad dan Deen. Tidak ketinggalan penyampai baharu daripada Hot FM Klate iaitu Shaz, Fizie, Farid dan Renny serta 4 daripada Hot FM T’Ganu iaitu Ain, Bell, Rafly dan Azri.

Hot FM sentiasa mencari peluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai platfom demi mendapatkan hasil yang terbaik. Tahun lalu dua jenama ini memulakan kolaborasi melalui penghasilan album raya yang bertajuk Hangatnya Raya di Hatiku, album yang menggandingkan para penyampai Hot FM dan juga adik-adik dari Idola Kecil. Gandingan itu menjadi dan terkini, program Kaki Bola di pertaruhkan untuk pendengar dan penonton dua stesen itu. Dan tahun ini, buat julung kalinya, Hot FM BIG JAM akan di pancarkan secara langsung di televisyen bermula jam 9.30 malam nanti.

Selain itu, TV9 dan Bot FM juga akan membuka gerai bagi mempromosikan pelbagai program, barangan eksklusif serta aktiviti “on ground“ Selain itu, siaran langsung tersebut juga boleh di tonton di laman web rasmi Hot FM pada waktu yang sama. Frekuensi radio Hot FM seluruh negara pula akan menyiarkan konsert tersebut juga secara langsung daripada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan 9.30 malam. Jadi jangan lupa, catatkan tarikh ini di mana saja yang membolehkan anda mengingati Hot FM BIG JAM 2012 – 10 MAC 2012, Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dari jam 2 petang hingga lewat malam.

 KM: Selepas Kuantan hari ini, siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian diteruskan di Dataran Pahlawan Mall, Melaka. Minggu depan di Village Mall, Sungai Petani pad 16 & 17 Mac dan di Pasir Gudang, Johor Bahru 24& 25 Mac

No comments:

Post a Comment